Ammar Anuaar ingin lagunya “bercakap kepada setiap orang dalam cara yang unik”.
Ketika ditemui MalaysiaXpress baru-baru ini, Ammar, yang merupakan seorang penyanyi baru, menyatakan keterujaannya tentang single pertama beliau yang akan menemui peminant hari ini berjudul “SEPI”.
“Lagu ini adalah secebis jiwa saya.
Ammar, 31, yang berasal dari Alor Setar, Kedah ingin muncul sebagai bakat baru yang luar biasa dalam dunia muzik.
Dengan suaranya yang lunak dan boleh mencecah not-not tinggi, beliau mempertengahkan lagu-lagu gabungan ballad/pop sebagai taruhan.
Dari usia 18 tahun, semasa mengejar diploma, Ammar menemui minat mendalam untuk muzik yang diharap akan membentuk nasibnya.
Menyanyi menjadi lebih daripada hobi dan Ammar mula mengasah bakatnya dan cuba memperkemaskan kemahirannya dengan setiap persembahan.
Akhirnya, pada awal tahun ini, beliau telah disunting menjadi artis di bawah naungan syarikat Leo Music Empire Production
SEPI
Ammar menaruh harapan lagu pertamanya “SEPI” akan berjaya untuk membawa namanya ke tahap yang lebih tinggi dan dapat diterima peminat-peminat lagu ballad di Malaysia dan juga seluruh Nusantara.
Menurut Ammar, lagu “SEPI” ini adalah “kemuncak evolusi artistik dan pengalaman peribadi” bagi dirinya.
Lagu “SEPI” hasil penulisan Shuemerrin dan lirik oleh Shuemerrin dari Leo Music Empire Production boleh didengarkan di saluran media sosial seperti Youtube, Spotify dan lain lain.
Pemilik Leo Music Empire Production, Nur Shuhadda Mohd Fuad, yang juga merupakan penulis lagu dan lirik lagu “SEPI” berharap lagu tersebut mendapat sambutan dari peminat seni tanah air.
“Lagu ini mempunyai sentimental value bagi saya.
“Saya tulis lagu ini beberapa tahun lalu, baru sekarang saya berjumpa penyanyi yang sesuai untuk membawa lagu ciptaan saya ini” — MalaysiaXpress