Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Berkuat Kuasa 4 Julai

0
82
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Berkuat Kuasa Esok
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Berkuat Kuasa Esok

Dengan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 ini, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi menggantikan hukuman mati mandatori.

KUALA LUMPUR — Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) akan berkuat kuasa 4 Julai.

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Jun yang disiarkan Jabatan Peguam Negara, tarikh berkuat kuasa akta berkenaan ditetapkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Sri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Sri Azalina Othman Said.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), Menteri menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh Akta itu mula berkuat kuasa,” menurut warta itu.

Budi Bicara Mahkamah

Pada 3 April lepas, Dewan Rakyat, dalam satu undian pindaan bersejarah, dengan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Mansuh Hukuman Mati Mandatori 2023 yang antara lain bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.

Dengan pindaan ini, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan sebatan tidak lebih 12 kali, untuk menggantikan hukuman mati mandatori.

Akta baru ini dijangka memberi kesan kepada 957 banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini. — Media Hit