Ahmad Yakob Kekal Di DUN Pasir Pekan

1
100
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini dengan majoriti 12,811, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh 5,972 undi.
Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di DUN Pasir Pekan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Pasir Pekan dengan majoriti 12,811, menewaskan BN Mohamad Zamakh Sari Ibrahim

KOTA BHARU — Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan berusia 72 tahun itu, menang dengan majoriti 12,811.

Ahmad mendapat 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang memperoleh 5,972 undi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Ahmad menang DUN Pasir Pekan dengan majoriti  8,352 undi menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS merupakan penyandang kerusi DUN Pasir Pekan sejak PRU9, dan kemenangan ini menyaksikan beliau mengekalkan kerusi itu buat kali ketujuh. — Bernama

Baca juga:
Ahmad Samsuri Pertahan Kerusi Ru Rendang