AGC (Pejabat Peguam Negara) menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan media behubung pendakwaan ke atas Ketua Setiausaha Negara.
KUALA LUMPUR — Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media beehubung pendakwaan ke atas Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.
Peguam Negara, Idris Harun, melalui satu kenyataan media hari ini telah merujuk kepada satu kenyataan media bertarikh 5 Mei 2023, dengan nombor rujukan PN. PRO.100-3/6/4 Jld. 5 (11) Pendakwaan Ke Atas Tan Sri Zuki bin Ali – Ketua Setiausaha Negara.
Kenyataan media palsu yang menggunakan jata negara dan nama AGC tersebut menyatakan, kononnya, susulan arahan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, satu kertas siasatan telah diterima dari pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu pendakwaan ke atas Mohd Zuki.
Kenyataan palsu itu juga turut menyatakan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap Mohd Zuki dilakukan berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. — mediahit