6 Ditahan Polis, Bantu Kes Gaduh Di Tampoi

0
109
Tangkap layar rakaman video pergaduhan di Tampoi, yang tular di laman sosial.
Tangkap layar rakaman video pergaduhan di Tampoi, yang tular di laman sosial.

Polis sedang mengesan beberapi individu lain yang masih bebas.

JOHOR BAHRU — Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata kesemua warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. 

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang mengesan beberapa individu yang masih bebas, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu. 

“Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK serta Seksyen 385 KK. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Risman Sahid di talian 019-7766043,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan itu. — Bernama