3 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Kanada

Insiden menembak tragis di Winnipeg menemukan 5 mangsa

0
61
Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital dengan seorang daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi kritikal - Gambar Rappler
Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital dengan seorang daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi kritikal - Gambar Rappler

OTTAWA — Seramai tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Winnipeg, ibu negeri Manitoba di tengah Kanada pada Ahad (26 Nov), lapor Xinhua.

Menurut Polis Winnipeg dalam satu kenyataan media, polis yang tiba di lokasi kejadian menemukan lima mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital dengan seorang daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi kritikal.– Bernama-Xinhua

Baca lagi: Ngeri 22 mati, berbelas yang lain cedera insiden tembakan di Maine, AS