18 Rakyat Malaysia Dalam Senarai Forbes 2023

2
148
Robert Kuok who will be 100 years old in October, has been Malaysia's richest person for the last quarter century. Picture: Forbes
Robert Kuok who will be 100 years old in October, has been Malaysia's richest person for the last quarter century.

Mengikut Forbes, antara nama tersohor yang tersenarai adalah Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Syed Mokhtar Albukhary

KUALA LUMPUR– Seramai 18 hartawan rakyat Malaysia telah berjaya disenaraikan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes untuk tahun ini.

Kekayaan terkumpul hartawan ini dianggarkan mencecah sehingga AS$54.7 bilion (RM240.38 bilion).

Mendahului senarai itu ialah Robert Kuok, 99. Beliau mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaannya mencecah AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion) dan diletakkan di nombor 146 dalam senarai global.

Robert Kuok Mengekalkan Kedudukan Sebagai Rakyat Malaysia Terkaya

Robert Kuok, yang merupakan anak kelahiran Johor Baharu, adalah pemilik kumpulan Kuok yang mempunyai kepentingan dalam industri perhotelan, hartanah dan komoditi seluruh dunia.

Senarai 18 individu terkaya Malaysia yang berjaya menduduki tempat dalam Senarai Bilionair Forbes 2023
Senarai 18 individu terkaya Malaysia yang berjaya menduduki tempat dalam Senarai Bilionair Forbes 2023

Pada nombor 179 senarai global (dan nombor dua di Malaysia) pula adalah pengasas bersama Kumpulan Hong Leong, yang memiliki saham dalam Hong Leong Bank, kumpulan perbankan keempat terbesar Malaysia mengikut modal pasaran. Taikun yang bernama Quek Leng Chan ini mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS10.1 bilion (RM44.4 bilion).

Pemilik empayar multimedia Ananda Krishnan pula berada di tempat ketiga dengan kekayaan sebanyak AS$5.2 bilion (RM22.86 bilion). Menduduki tempat ke-511 dunia, Ananda merupakan pemilik syarikat Astro dan Maxis.

Di tempat keempat tempatan ialah Koon Poh Keong, yang mengasaskan Press Metal Aluminium pada 1986 bersama empat orang abangnya. Hari ini, Press Metal beroperasi di Eropah, UK, Australia dan New Zealand serta China dan Amerika.

Taikun Kasino

Taikun perjudian Dr Chen Lip Keong dari Kumpulan Naga, meraih tempat kelima. Beliau memegang lesen kasino di Phnom Penh, Kemboja.

Seorang lagi bilionair dari industri perjudian yang tersenarai adalah Lim Kok Thay. Merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia, pemilik Kumpulan Genting ini menduduki nombor 1312 dalam senarai Forbes.

Turut tersenarai adalah Lee Yeow Chor, 56 dan adiknya Lee Yeow Seng, 45 yang menerajui konglomerat minyak sawit dan hartanah, IOI Group. Adik beradik itu mewarisi IOI daripada bapa mereka, Lee Shin Cheng, yang meninggal dunia pada 2019.

Dalam senarai Forbes itu juga adalah Wong Kie Chie, seorang pelabur yang berasal dari Sarawak. Seorang pemegang saham di dalam syarikat hartanah, Wong yang kini menetap di Australia juga merupakan antara individu terkaya di sana.

Lau Cho Kun, pemegang saham terbesar dalam kumpulan Hap Seng Consolidated, juga turut tersenarai. Hap Seng Consolidated merupakan pengedar kereta Mercedes-Benz di Malaysia semenjak 1969.

Ahli perniagaan Syed Mokhtar Albukhary, dengan nilai kekayaan AS$1.6 bilion (RM7.03 bilion), yang sebahagian besarnya adalah daripada kepentingannya dalam DRB-Hicom dan MMC Corp, menduduki senarai Forbes di tangga 1804 dan juga merupakan individu ke 10 terkaya di Malaysia.

Manakala G.Gnanalingam, ahli perniagaan terkemuka dan juga pengerusi eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd. meraih tempat 1905 dalam senarai Forbes. Beliau yang berketurunan Sri Lanka, dilahirkan di Singapura tetapi membesar di Port Dickson dan Kuala Pilah.

Anak Mendiang Teh Hong Piow Merupakan Wanita Pertama Malaysia Dalam Senarai Forbes

Sementara itu, Teh Hong Piow, yang merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.7 bilion (RM25.06 bilion) dalam senarai Forbes 2022 meninggal dunia pada Disember tahun lalu. Mendiang meninggalkan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, keempat-empat mereka tersenarai buat pertama kali tahun ini dalam senarai Forbes.

Kemasukan anak-anak perempuannya menjadikan mereka wanita Malaysia pertama yang berjaya menduduki tempat di dalam senarai bilionair Forbes.

Jeffrey Cheah, pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway dan juga Tan Yu Yeh, orang kuat di belakang rangkaian runcit MR DIY, juga mendapat tempat dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2023– mediahit

Baca juga:

KWSP-Pinjaman Bank Sehingga RM50,000 Mulai Jumaat

Kerajaan Serap Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap