12 kru kapal kargo turkiye karam di laut hitam

0
25
Bandar Eregli dilanda ribut kuat pada Ahad dan cuaca buruk menghalang pihak berkuasa untuk melakukan pencarian - Gambar shipspotting.com
Bandar Eregli dilanda ribut kuat pada Ahad dan cuaca buruk menghalang pihak berkuasa untuk melakukan pencarian - Gambar shipspotting.com

ANKARA — Sebuah kapal kargo Turkiye membawa 12 kru karam di luar pantai Laut Hitam di utara Turkiye semasa ribut kuat pada Ahad (19 Nov).

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya pada Isnin berkata pihak berkuasa gagal menghubungi kru kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal “Kafkametler” yang membawa muatan ferosilikon dari pelabuhan Temryuk di Rusia ke Aliaga di Turkiye itu karam selepas melanggar benteng pemecah ombak di bandar Eregli.

Beliau berkata bandar itu dilanda ribut kuat pada Ahad dan cuaca buruk menghalang pihak berkuasa untuk melakukan pencarian.

“Apabila cuaca bertambah baik, operasi mencari dan menyelamat akan dimulakan serta-merta,” kata Yerlikaya. — Bernama-Xinhua

Baca lagi: Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian