10 Pelajar Nepal Terbunuh Di Israel

0
78
10 pelajar Nepal terbunuh di Israel - NDTV
10 pelajar Nepal terbunuh di Israel - NDTV

NEW DELHI — 10 pelajar Nepal terbunuh dalam keganasan pada Sabtu di Israel, kata kerajaan Nepal pada Ahad (8 Okt).

Empat lagi cedera dalam operasi yang dilancarkan terhadap sasaran Israel oleh kumpulan Palestin Hamas.

“Kedutaan kami sedang menyelaras dengan Kementerian Luar mengenai bagaimana mayat mangsa boleh dihantar pulang selepas pemeriksaan,” kata duta Nepal ke Israel, Kanta Rizal kepada media Nepal.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud berkata 17 pelajar Nepal sedang belajar di “Kibbutz Alumim” Israel berhampiran Semenanjung Gaza dan tidak ada komunikasi dengan 11 daripada mereka.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 4,500 warga Nepal berkhidmat sebagai pengasuh di Israel.

Selain itu, 265 pelajar Nepal mengambil bahagian dalam program pembelajaran dan pendapatan di Israel, yang ditaja oleh kerajaan Israel,” kata Saud.– Bernama

Baca juga: Hamas Serang Kedudukan Israel